ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT DATANG KE ALAM MAYAKU.. ^^

Sunday, 20 January 2013

KULIAH 2 MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Penggunaan internet sebagai salah satu cara mengumpulkan bahan merupakan satu cara yang boleh digunakan oleh semua orang. Pelbagai maklumat boleh di muat turun daripada internet. Maklumat-maklumat yang diperoleh ini boleh dijadikan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran bersesuaian mengikut tajuk dan tema yang ingin disampaikan oleh guru. Antara bentuk maklumat yang boleh dimuat turun melalui internet adalah :

i) Bahan audio
ii) Bahan Video
iii) Bahan Grafik
iv) Bahan Teks

1) BAHAN AUDIO
  • Bahan audio yang boleh dimuat turun melalui internet adalah seperti lagu, syair, sajak dan seumpamanya.
  • Sebagai contoh, guru ingin mencari bahan audio seperti syair, gurindam dan sajak untuk dijadikan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  • Antara enjin pencari yang boleh digunakan untuk mendapatkan bahan audio tersebut adalah enjin pencari 4shared. Rujuk gambar rajah di bawah :



Antara langkah-langkah untuk mencari bahan audio menggunakan enjin pencarian 4SHARED adalah seperti berikut :

i) Buka laman sesawang enjin pencari 4shared :






ii) Setelah anda berjaya melayari enjin pencarian tersebut, sila klik pada ruangan yang mengandungi perkataan "MUSIC". Rujuk gambar rajah di bawah :


iii) Pengguna akan mendapat ruangan laman sesawang seperti gambar rajah yang berikut :

iv) Kemudian, pengguna boleh menaip kata kunci yang ingin dicari pada kotak carian yang terdapat pada ruangan tersebut. Rujuk rajah di bawah :



v) Sebagai contoh, kata kunci yang ingin dicari ialah "Gurindam Tonggak 12".

vi) Kemudian bahan audio yang diperoleh ini boleh dimuat turun dan disimpan dalam satu ruangan penyimpanan bagi matapelajaran Bahasa Melayu yang terdapat dalam komputer pengguna.


2) BAHAN VIDEO

  • Bahan video merupakan salah satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan boleh meransang minat murid di dalam kelas.
  • Bahan video yang dimuat turun dari lawan sesawang haruslah disaring terlebih dahulu dan tidak mempunyai unsur-unsur pornografi, sensitiviti kaum dan bermutu tinggi.
  • Antara enjin pencari yang kebiasaan digunakan untuk mendapatkan bahan-bahan video ini adalah enjin pencari Youtube. Rujuk rajah di bawah :



  • Sebagai contoh, bahan video yang boleh digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah seperti video Pertandingan Perbahasan, Video Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Syarahan serta video-video yang berkaitan dengan isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan.
  • Bahan video yang diperolehi boleh dimuat turun secara terus menggunakan aplikasi (software) muat turun video yang ada di komputer sebagai contoh "Internet Download Manager".(rujuk rajah di bawah)



  • Kemudian video tersebut boleh disimpan di dalam ruangan simpanan yang telah ditetapkan dalam kompueter peribadi sendiri.


3) BAHAN GRAFIK

  • Bahan grafik boleh terdiri daripada bahan-bahan bergambar seperti gambar animasi, gambar-gambar alam semulajadi dan seumpamanya.
  • Bahan grafik ini boleh dimuat turun secara terus dengan menggunakan enjin pencari Google iaitu menggunakan Google Images. Rujuk gambar rajah di bawah :


  • Sama dengan langkah penggunaan enjin pencarian yang lain, Google Image juga menggunakan langkah yang sama. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menaip kata kunci yang ingin dicari.
  • Contohnya, pengguna ingin mendapatkan gambar bunga, taipkan perkataan “bunga’ pada kotak pencarian yang ada pada ruangan laman sesawang tersebut. Rujuk rajah di bawah :




  • Kemudian klik pada butang "SEARCH" yang berada di kotak sebelah kanan pada skrin komputer anda.
  • Setelah menekan butang pencarian tersebut, pelbagai imej bunga akan keluar dan pengguna boleh membuat pilihan sendiri bunga yang mana satu ingin dijadikan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rujuk rajah di bawah :




  • Seterusnya, pengguna boleh menyimpan imej yang telah dipilih dengan klik bahagian kiri tetikus, kemudian pilih "save images as" dan pilih tempat simpanan yang ada pada komputer kemudian klik "OK" sebagai langkah terakhir penyimpanan imej tersebut.
  • Walaubagaimanapun, bahan grafik yang hendak dipilih haruslah bersesuaian dengan tema dan isi pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.



4)BAHAN TEKS

  • Bahan teks boleh digunakan dalam menyampaikan isi pembelajaran dan ianya boleh didapati dari pelbagai laman sesawang yang ada di internet.
  • Antara enjin pencari yang sesuai digunakan untuk mendapatkan bahan teks ini adalah enjin pencari Wikipedia. Rujuk rajah di bawah :




  • Sama seperti enjin pencarian yang lain, Wikipedia juga mempunyai ruangan pencarian.
  • Sama seperti enjin pencarian yang lain, Wikipedia juga mempunyai ruangan pencarian.
  • Pengguna boleh mencari pelbagai jenis teks yang ingin dijadikan bahan sumber pengajaran pada enjin pencarian Wikipedia dengan menaip kata kunci pada kotak pencari pada ruangan enjin pencari tersebut. Contohnya “Teks Syarahan”.
  • Berbeza dengan enjin pencarian yang lain, Wikipedia tidak boleh dimuat turun secara terus ke dalam komputer pengguna tetapi boleh di salin dan di pindahkan kepada “Microsoft Office Word” kemudian di simpan pada ruangan simpanan yang telah ditetapkan dalam komputer peribadi pengguna.



Kesemua bahan-bahan yang diperolehi daripada laman sesawang yang ada di internet ini sebaik-baiknya disimpan dalam satu simpanan yang berlainan mengikut jenis samada video, audio, grafik dan teks. Pengguna boleh menetapkan satu simpanan (folder) khas bagi kesemua bahan-bahan tersebut. Pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga perlu mengambil kira aspek-aspek kemahiran dalam Bahasa Melayu seperti :

i) Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
ii) Kemahiran Membaca
iii) Kemahiran Menulis


No comments:

Post a Comment