Pengenalan
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Memuat turun garis panduan dan etika
penggunaan internet
- Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.
Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika
komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi
Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer
Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa
Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima
kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah
diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti
dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar
manfaat yang diterima lebih daripada risiko
Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang
lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer
lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian
yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada
komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang
lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau
sistem yang dibangunkan.
Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan
kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti
mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia
dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan
internet dalam bentuk brosur dan Power Point
- Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk
melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan
dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang
diadakan.
- Power Point
i) Perisian Power Points atau keynote adalah
perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian
korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau
persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran
dalam bilik darjah.
ii) Pada masa ini, power points bukan sahaja
mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan
mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa
maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk
mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang
berkesan.




